Friday, 20 April 2012

Selamat Datang

Assalamualikum dan salam sejahtera, 

Keibu bapaan merupakan satu proses pembelajaran yang berterusan. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari di gedung-gedung ilmu seperti Universiti mahupun di mana-mana institusi pengajian tinggi. Ia merupakan satu proses pembelajaran yang perlu dirasai oleh setiap insan yang bergelar ibu dan bapa. Untuk benar-benar memahami, kita perlu melaluinya sendiri. Jika hendak diterangkan mungkin agak sukar. 

Maka ini akan menjadi mukadimah kepada blog ini dan diharapkan akan menjadi satu permulaan yang baik buat diri saya dan juga pembaca sekalian.